Friday, August 3, 2012

Kerja.



Assalamualaikum


Haa, disebabkan hari ni dah masuk 16 hari aku bekerja, aku nak share sikit experiences aku. 16 hari tu kira cukup lama untuk aku mengenali selok belok kerja aku sebagai part timer kat company Sentini Shoes ni. Macam -macam ragam pelanggan yang aku hadapi. Bukan setakat pelanggan, ragam sahabat sekerja pom dah aku boleh hafal dah. Hahaha. Well , bukan mudah for the first time untuk membiasakan diri ngan mereka. But then, i'm trying my best as i can :) *beri tepukan gemuruh sikit* Keh Keh Keh . Nasib tak runtuh atap kau tepuk nyah ;pp


Malam ni malam jumaat maka macam biasalah , kami akan terima ramai pelanggan. Well, disebabkan promoter aku  shif Morning hari ni, maka terpaksalah aku bertungkus-lumus melayan customer sorang diri pada shif malam. Rasa nak nangis pom ada tyme tak jumpa kasut dalam stor and nak je aku suruh customer cari sendiri dalam stor yang bersuhu seperi dalam periuk mendidih tu. Ahhhh , atau pom nak je aku cakap kat depa suruh mai besop ja, LOL ;pp


Kalau aku cakap macam tu, sah-sahlah besop aku dapat surat cuti buat selama-lamanya. Tapi takkan aku nak buat macam tu. Baik aku tak yah keje sebab dah memang job scope aku untuk memasakkan diri aku dalam stor. Ehh . -.-'



And satu lagi yang aku macam tak boleh terima, customer slalu je mainkan perasaan aku. Apa tak nya, suruh aku cari berkotak-kotak saiz tu, saiz ni. patern tu patern ni. Last-last tak mau beli jugak. Saboo je lah kang. Huhu . Tapi, yang aku paling suka, bodek customer. Untuk menaikkan jualan aku, aku melayan depa-depa ni sebaik mungkin. Hehehe. Melayan dengan kata-kata pujian. Alah , manusiakan memang suka pujian. Lumrah ;) Then. bila dia suka , dia akan beli. And setiap hari aku suka compare kan jualan aku ngan jualan partner aku, company brand Dr.Cardin :) si budak Yatie, Nadia and Kak Sue :)







 My Batch :')
Ada sekali tu lupa nak pakai. Sengaja eceli. bila bos tegur aku buat-buat 
"ehh tertinggal kat rumah nak cepat sangat tadi"

Date Joined: 18 JULY 2012

XD









My co-workers


Sekian sahaja untuk kali ni. Nanti aku update lain plak :D





Thursday, July 12, 2012

Handmade of Tijah =p



Assalamualaikum


Nak diceritakan dah plus minus 2 bulan aku bercuti tanpa gaji. hehehe. so , bila takde gaji maksudnya aku takde keje . Eh sape cakap aku takde keje . Keje aku ngadap lappy je. Hihihihi . Sambil sambil tu aku stalk lah jugak kawan-kawan aku. Tengok , betapa prihatinnya aku mengambil berat tentang kawan-kawan ketika cuti berbulan-bulan . Heeee ;)

Pastu, time aku duk godek-godek pendrive buruk bercapacity 2 gig (je) , aku belek gamba-gamba lama. Terjumpa gamba ni and terus rasa nak share . Hihihihi



Taaadaaaaaa !! ;p!



Memperkenalkan Tijah =P 




ni bukan rupa sebenar tijah :')
hihi
eceli ni bantal aku and dalam dia berisi kapas.
Disebabkan tyme tu 2 minggu je lagi tinggal untuk aku berada di CFS terchenta 
-___________-''

so, malas rasanya nak bawak balik banyak barang
and apa lagi . Cikidautt lah makhluk nih







senyum ajo kauu ye dapat masuk blog aku. #Ehh





:)






and , malam tu jugak nani ada bawak kan kami cocktail ngan kek coklat moist yang sangat sedap
weeeee ;) our pebret
Thanx Nani :')



Tapi , Caron panggil Tijah, Zahid and every morning dia akan cakap
"Good Morninggg Zahid !"



Aku :Weyy, asal ko panggil Tijah Zahid ek ? Nama Tijah , Tijah lah .
Caron : Ntah , aku rasa dia lebih layak dipanggil Zahid


-______-

Nasib colour je tak Oren. Law tak , sah-sah pekena Zahid AF. hehe :pp








Monday, June 11, 2012

Kita bertemu kerana Allah , PrepTech :')



 Assalamualaikum


Tiga hari lepas, aku telah pun selesai memikul tanggungjawab sebagai committee Taa'ruf Program untuk new intake student sesi 2012/2013 :')

Alhamdulillah, we make it done walaupun tidak 100 percent sempurna, namun tersimpan 1001 kisah di sebalik perjalanan hidup kami sepanjang memikul tanggungjawab tersebut.


Kita mulakan ngan kisah aku  dari mula-mula hari mendaftar diikuti seminggu indaksi dan minggu berikutnya merupakan minggu kemuncak Ta'aruf Week (TaWe).


Samapai je aku di Hentian Putra , aku terus contact ngan kawan aku , yang juga merupakan committee program ni . Then , having fun together , makan-makan and tengok movie "Dark Shadow" . As for me, cite tu best. Tapi, aku agak tak puas hati ngan ending dia . Ehh , tak kuasa aku nak kritik movie orang . Kang berjela pulak . Tak memasai ja lari tajuk  -.-''




Then , makan kat Spagetti Farm, MidValley
our fevret (bajet omputih sangat lah engko ;p!)

Pastu terus check-in bilik. Alhamdulillah aku dapat stay sepanjang program berlangsung di bilik KC312  bersama dua orang lagi junior course Econs , Daus  and Aisyah.






Hari berikutnya semua comitee dikehendaki berkumpul di Dewan al-Malik Faisal untuk sesi pembahagian group "Team Building" and aku dapat group "Softball" :') yeeaahhh!!






Kami diberi satu task dimana,  dua biji telur yang diberikan kepada setiap kumpalan tidak boleh pecah sama sekali apabila dilepaskan dari tempat tinggi . So, di sini lah semangat "Team building" diperlukan. and Alhamdulillah again we make our mission done. 3rd place :') tak sangka menang sebab banyak jugak group yang tak pecah. Maybe pemarkahan diambil kerana telur kami mendarat macam
 Mermaid Man kot . aahhhhaaaaaakks. *OKE TAK KELAKAR*




 Tinggi lah jugeek kalau kucing terjun pom boleh pengsan. =.='









:')





Pastu malam nye kami ada briefing . Just short brief je la. Apa yang patut buat for the whole program nanti



haa , ni pulak koleksi gambar makanan yang sempat aku capture sebelum aku ngappp , waaaallaahh, ni sepanjang minggu indaksi je. sponsored by UIA. 







mee sedap sponsored by Daus. Thanksss :)





 Ni pulak tyme demam. Tapi Alhamdulillah Allah cuma uji sedikit je. Tak memudaratkan sampai tak boleh buat kerja. Nampak tak permainan kat situ ?? nampak tak ?? O_o ??







hekhek.
dah lama tak menulis amek kauu gambar je
takpe , gambar mampu men"describe"kan segalanya .