Assalamualaikum and hai .Nama aku nowna jereng and aku seorang yang kedekut.
Sejak bila aku mula menjadi seorang manusia yang kedekut pun aku kurang pasti . Tapi yang aku pasti aku
hanya kedekut pada diri sendiri je. Keh Keh Keh. Sila lah baca entry ni sampai habis bagi
mengelakkan kamu bersikap tidak husnuzhon ke atas aku. Meehehehehe :’)
{Beginning}
Tanggal 21/05/2010 , aku buat pertama kali menjejakkan kaki
aku ke Centre For Foundation Studies , atau nama glamournya CFS IIUM. Emm ,
glamour la jugak tu. Perasaan masa mula-mula dapat surat tawaran melanjutkan
pelajaran ke UIA tu fulemakk bukan kepalang sekali. Gembira sungguh. Masa semak
keputusan UPU tu aku kat umah nenek aku. So, pinjam lah Maksu aku punya BB.
Ahhaa, bukan blackberry tapi broadbeng. At that time(malam) line busy. So aku
suruh kawan aku yang dapat tembus line checkkan untuk aku. Alhamdulillah. Sudah
tertulis oleh-Nya.
Actually, aku ngah kompius antara Matrix Kuala Pilah Nogori
atau Asasi. Tyme tu punya lah famous sape dapat Asasi better go on . Ada nama
sikit bila orang tanya, matrix mana? Oh no ! saya student Asasi lah. Muehehehe.
Then, buat preparation lah bukan kemain lagi. Usha senior skolah yang sambung blaja
kat UIA, google image and forward meseg dari kawan ke kawan. Eh, ko dapat
sambong mana ? Tahu tak sape-sape lagi yang dapat UIA ? Lebih kureng cem tue lee.
Aku ingat lagi yang hantar aku tyme tu, Ummi, Ayah , Nenek
and Maksu aku. Then sampai sehari awal tompang umah Auntie aku kat Puchong. Hari tu hari Jumaat .Aku should daftar petang
tapi pagi-pagi lagi dah terpacak. Saje takut sesat. Cerita pasal sesat, teringat
kat kawan aku si Mek Rus tu. Dia sampai tersesat ke UIA Gombak lagi. Huu ,
naseb baik Allah permudahkan segalanya . Walaupun dah lewat petang dia sampai, dia
still boleh daftar lagi. And, she is the only girl yang aku kenal yang same
field ngan aku, Engineering and Computer Science.
{SEM 1, FIRST YEAR}
Sampai je bilik KC415 (Khadijah College) aku jumpa Mahfuzah
(Jah). Dia kelantanese yang nice sangat :’) Kalau Jah tengah baca ni , nak
cakap , nice to meet you , Jah! Ingat lagi peristiwa Maksu kite pinjam pisau
awak. Hee . Next person kenal Na’iemah
and Syafaf. Depa-depa ni memang rumet yang baik :’) Takde unsure-unsur bodek ok . Alhamdulillah “pada
waktu itu” semua same course ngen aku. Ni yang wat aku lagi suke. Hehe
{SEM II, FIRST YEAR}
Tapi kejap je. Satu sem je kami dapat menikmati udara
dibilik 415 bersama-sama. Sem 2 Jah dah tukar course and tinggal lah kami bertiga. Pada awalnye
kami memang tinggal bertiga. Tapi , sekali lagi aku ditinggalkan . Na’iemah
pergi membawa diri sebilik ngan Fatin, klasmet dia. Dia bawak diri tak jauh pun
sebab hari-hari aku jumpa dia. Apa tak nya dia book bilik depan aku je. Hihi. Bilik
418. Hari-hari gak lah aku gi duk ulang-alik ke bilik dia. Tu lah sibok sangat
nak cita pasal Sir yang ajar aku Fizik1. Meehehehe. UIA. Universiti Ini Aneh. Subjek Fizik ada sampai 3.
Fizik1, Fizik2, Fizik3 . Chem and Math pom :’) Pelik-pelik pun, aku sayang wohh.
Meeheheheh. Ni Sem paling stress.
{SEM III, FIRST YEAR}
Short Sem. So, make it simple and penuh joyful. Kepala hotak
kau. Datang nak blaja ke nak main-main. Kenai and book bilik skali ngan Aisyah
Kadir. Kalau Aisyah baca, nak cakap , Hai Aisyah , Miss you ! Sem yang paling
kerap balik. Paling kerap tidur dan paling kerap online. Ahhh, macam lah
sem-sem yang sebelum ni tak kerap
online. Mueehehehehe. Ghindu nak makan Domino and lepak kat One Utama sesame.
Hee . Unexpected roomet baru , Kak
Syikin and Marziah. Depa-depa memang baik. Heee. Kak Syiiikkiiinnnn yang comey.
Rinduuu .
Sem yang tiada duka nestapa.
{SEM 1, SECOND YEAR}
Perjalanan aku diteruskan lagi dengan tahun berikutnya , aku
sebilik ngan Ain Wardah, Khairun and Aimi. Sem ni aku chopkan sebagai sem
kesedihan =) Teeeettttt . Tangisan dalam kegembiraan. Aminyoo minyooo :’)
{SEM II, SECOND YEAR}
Sem paling gile and paling malas . Kuat berjalan-jalan tapi
masih mempuyai sifat kedekut pada diri sendiri. Sem ni heaven kot. Long Sem
yang amek 2 subjek je. Tapi masih tidak flat-flat. Teeheee.
Oh, tak sangka aku mampu menghasilkan karangan Bahasa Melayu
SPM dengan baik. Terima kasih cikgu BM aku, Cikgu Mokhtar and Cikgu Siti Hajar .
Naseb aku tak buat entry ber part-part. Kalau tak maunye
pengsan nak menaip ;p
Oh ya, nama klasmet tak mention. Entry lain yep. Tak janji .
InsyaAllah :’)
Till Then , XOXO
No comments:
Post a Comment