Thursday, August 23, 2012

Journey of CFS IIUM .







Assalamualaikum and hai .Nama aku  nowna jereng and aku seorang yang kedekut. Sejak bila aku mula menjadi seorang manusia yang kedekut  pun aku kurang pasti . Tapi yang aku pasti aku hanya kedekut pada diri sendiri je. Keh Keh Keh.  Sila lah baca entry ni sampai habis bagi mengelakkan kamu bersikap tidak husnuzhon ke atas aku. Meehehehehe :’)




{Beginning}

Tanggal 21/05/2010 , aku buat pertama kali menjejakkan kaki aku ke Centre For Foundation Studies , atau nama glamournya CFS IIUM. Emm , glamour la jugak tu. Perasaan masa mula-mula dapat surat tawaran melanjutkan pelajaran ke UIA tu fulemakk bukan kepalang sekali. Gembira sungguh. Masa semak keputusan UPU tu aku kat umah nenek aku. So, pinjam lah Maksu aku punya BB. Ahhaa, bukan blackberry tapi broadbeng. At that time(malam) line busy. So aku suruh kawan aku yang dapat tembus line checkkan untuk aku. Alhamdulillah. Sudah tertulis oleh-Nya.


Actually, aku ngah kompius antara Matrix Kuala Pilah Nogori atau Asasi. Tyme tu punya lah famous sape dapat Asasi better go on . Ada nama sikit bila orang tanya, matrix mana? Oh no ! saya student Asasi lah. Muehehehe. Then, buat preparation lah bukan kemain lagi. Usha senior skolah yang sambung blaja kat UIA, google image and forward meseg dari kawan ke kawan. Eh, ko dapat sambong mana ? Tahu tak sape-sape lagi yang dapat UIA ?     Lebih kureng cem tue lee.


Aku ingat lagi yang hantar aku tyme tu, Ummi, Ayah , Nenek and Maksu aku. Then sampai sehari awal tompang umah Auntie aku kat Puchong.  Hari tu hari Jumaat .Aku should daftar petang tapi pagi-pagi lagi dah terpacak. Saje takut sesat. Cerita pasal sesat, teringat kat kawan aku si Mek Rus tu. Dia sampai tersesat ke UIA Gombak lagi. Huu , naseb baik Allah permudahkan segalanya . Walaupun dah lewat petang dia sampai, dia still boleh daftar lagi. And, she is the only girl yang aku kenal yang same field ngan aku, Engineering and Computer Science.






{SEM 1, FIRST YEAR}

Sampai je bilik KC415 (Khadijah College) aku jumpa Mahfuzah (Jah). Dia kelantanese yang nice sangat :’) Kalau Jah tengah baca ni , nak cakap , nice to meet you , Jah! Ingat lagi peristiwa Maksu kite pinjam pisau awak. Hee . Next person kenal  Na’iemah and Syafaf. Depa-depa ni memang rumet yang baik :’) Takde unsure-unsur bodek ok . Alhamdulillah “pada waktu itu” semua same course ngen aku. Ni yang wat aku lagi suke. Hehe



{SEM II, FIRST YEAR}

Tapi kejap je. Satu sem je kami dapat menikmati udara dibilik 415 bersama-sama. Sem 2 Jah dah tukar course and tinggal lah kami bertiga. Pada awalnye kami memang tinggal bertiga. Tapi , sekali lagi aku ditinggalkan . Na’iemah pergi membawa diri sebilik ngan Fatin, klasmet dia. Dia bawak diri tak jauh pun sebab hari-hari aku jumpa dia. Apa tak nya dia book bilik depan aku je. Hihi. Bilik 418. Hari-hari gak lah aku gi duk ulang-alik ke bilik dia. Tu lah sibok sangat nak cita pasal Sir yang ajar aku Fizik1. Meehehehe. UIA. Universiti  Ini Aneh. Subjek Fizik ada sampai 3. Fizik1, Fizik2, Fizik3 . Chem and Math pom :’) Pelik-pelik pun, aku sayang wohh. Meeheheheh.  Ni Sem paling stress.






{SEM III, FIRST YEAR}

Short Sem. So, make it simple and penuh joyful. Kepala hotak kau. Datang nak blaja ke nak main-main. Kenai and book bilik skali ngan Aisyah Kadir. Kalau Aisyah baca, nak cakap , Hai Aisyah , Miss you ! Sem yang paling kerap balik. Paling kerap tidur dan paling kerap online. Ahhh, macam lah sem-sem yang sebelum ni  tak kerap online. Mueehehehehe. Ghindu nak makan Domino and lepak kat One Utama sesame. Hee .  Unexpected roomet baru , Kak Syikin and Marziah. Depa-depa memang baik. Heee. Kak Syiiikkiiinnnn yang comey. Rinduuu . Sem yang tiada duka nestapa. 






{SEM 1, SECOND YEAR}

Perjalanan aku diteruskan lagi dengan tahun berikutnya , aku sebilik ngan Ain Wardah, Khairun and Aimi. Sem ni aku chopkan sebagai sem kesedihan =) Teeeettttt . Tangisan dalam kegembiraan. Aminyoo minyooo :’)






{SEM II, SECOND YEAR} 

Sem paling gile and paling malas . Kuat berjalan-jalan tapi masih mempuyai sifat kedekut pada diri sendiri. Sem ni heaven kot. Long Sem yang amek 2 subjek je. Tapi masih tidak flat-flat. Teeheee.
















Oh, tak sangka aku mampu menghasilkan karangan Bahasa Melayu SPM dengan baik. Terima kasih cikgu BM aku, Cikgu Mokhtar and  Cikgu Siti Hajar .

Naseb aku tak buat entry ber part-part. Kalau tak maunye pengsan nak menaip ;p
Oh ya, nama klasmet tak mention. Entry lain yep. Tak janji . InsyaAllah :’)

Till Then , XOXO






No comments:

Post a Comment