Thursday, June 30, 2016

Pengalaman First Day Internship


Assalamualaikum

Kalau UIA setiap Engineering student diwajibkan melakukan Engineering Industrial Training (EIT) pada semester pendek (semester 3) third year kalau ikut study plan. Kalau department aku tak ada prerequisite subject pun kalau nak buat EIT. Tapi kalau Mechatronic Department memang kene amek satu subject ni dulu baru boleh buat EIT kat mana-mana company.


Pada awal internship aku adalah satu pengalaman yang membosankan since I'm the only sister from UIA yang buat internship kat company tu. Tapi once aku dah adapt dan kenal dengan a few staffs, lama kelamaan ia bertukar menjadi seronok pulak. Hahaha, ingat lagi masa first day nak lapor diri. First day dah tengok orang mengamuk baling kunci sikit lagi nak kene jasad I uols. Sian I haha. Padahal I tak buat salah apa pun. Masa tu aku pikir nak rakam video dan viralkannya dekat facebook atau rotikaya. LOL. Pemikiran budak-budak memang macam ni :p


Tapi seminggu lepas tu aku dapat call dari Petronas. Hebat permainan dia. Mula-mula dia tanak ngaku dia sape. Eee. I ingatkan secret admire ke apa. Then dia tanya aku kat mana. Aku cakap lah aku dah balik Terengganu dan buat internship kat Terengganu. Pastu dia cakap Ooo awak dah ada tempat intern lah ye? Saya actually dari Petronas, would like to ask you to join us as intern. But then you already have your place to do intership, so Good Luck!  I was like whaaat.... Sorry, forget about tthat. Let's have some deals. I belanja you teh tarik. You tak puasakan. LOL. Tapi aku cakap dalam hati je la macam tu. After she said Good Luck, I just continued what I were supposed to do and collected a lot of sweet moments throughout my journey as intern. Alhamdulillah for every moments :')



Menu pertama masa intern.
Makan sensorang
Forever alone
Yeayyhh





Wednesday, June 29, 2016

Pengalaman Interview Pertama Dalam Hidup Aku


Assalamualaikum


Sambungan dari entry lepas. Masa pergi Career Fair kat UPM Serdang, aku dan kawan-kawan aku berpecah satu sama lain. Masing-masing nak jalan sorang-sorang. Masa tu dah tau purpose pergi Career Fair lepas dapat pengajarang dari Career Fair kat KLCC :') Aku dah sediakan 20 copies resume. Target nak drop semua resumes tu. Kalau tak membazir je dakwat printer yang aku beli dekat Wangsa Maju :') Haaa tedia, bukan setakat company yang takde kaitan ngan 'Manufacturing Engineering', company yang takde kaitan ngan mana-mana 'Engineering' pun aku drop. Hahaha, rasakan kejakunanku :')


Kat sini jugak aku attend first interview sepanjang aku hidup 24 tahun ni. Dah la first time dalam hidup, walk-in pulak tu. So aku jawab dengan penuh kejujuran tanpa ada pembohongan. Mula-mula aku expect dia akan tanya perkenalkan diri, siapa awak 10 tahun akan datang, apa perancangan awak selepas belajar dan soalan-soalan seangkatan dengannya. Tapi, diorang tak tanya pun. Penat je aku hafal masa beratur panjang tu. Dia just review aku punya working experiences yang aku tulis kat resume aku tu. Pastu dia tanya aku amek subject apa sem ni. Macam aku cakap tadi, aku jawab dengan penuh kejujuran tanpa ada pemohongan, Quantitative Technique ngan Production Planning and Control. Terlupa plak nak cakap Micro Manufacturing. Mungkin sebab 3 kali ponteng kelas Micro Manufacturing itu pasal lah aku boleh terlupa :')


Lepas tu dia tanya aku samada aku boleh bekerja dengan pekerja asing tak. Aku cakap dengan jujur, yes aku boleh sebab masa kat UIA pun aku banyak deal ngan international students. Supervisor FYP aku pun international lecturer. Pastu dia cakap, oh yang tu ada educational background, mesti lah awak boleh deal, ni yang non-educational-background workers. Pastu aku terus teringat Bangla yang kenyit mata kat aku masa aku intern tahun lepas. Cih, naaatang nguh. Cecepat aku cakap yes, boleh sebab saya pernah deal ngan perangai-perangai Bangla masa saya intern tempoh hari. Hehe, jujur kan :')


Soalan-soalan panelis tidak berakhir di situ. Aku ingat dah habis dah. Baru je nak bangkit dari kerusi. Pastu dia tanya aku, awak boleh cuci tandas? Masa tu aku tak terkejut pun dengan soalan yang macam ni. Aku ingat ni soalan standard ke apa kan. Lalu aku pun menjawab dengan penuh kejujuran tanpa ada pembohongan, yes boleh sebab saya pernah jadi Biro Tandas kat blok yang saya stay masa saya study. Mereka pun menganguk-nganguk. Bila cerita kat kawan-kawan, diorang pun gelak ketawa berjemaah. Aku was like.... asal wey? Nak gelak gak. Haha. Ooo, aku baru tau rupanya tu soalan nak test diri kita. Sebenarnya aku ngan roomates aku selalu main lantik ahli jawatan kuasa sendiri. Haha. So, antara kami berempat, ada 2 orang yang telah dilantik menjaga kebersihan dan kebajikan tandas. Disebabkan biro tandas tidak boleh dilakukan diatas tapak kaki sendiri. Jadi, sorang dapat tittle Ketua Biro Tandas. Sorang lagi kene jadi pembantu dia. Hahaha. Alhamdulillah pengalaman :')


Seminggu selepas tu aku terima call suruh masuk kerja. Ehem, nak suruh cuci tandas lettew :p Tapi aku terpaksa tolak sebab aku tak habis belajar lagi. Anyway, thank you sebab pernah interview aku.



Career Fair kat UPM Serdang







Tuesday, June 28, 2016

Pengalaman Pergi Career Fair



Assalamualaikum


Masa aku final semester aku ada pergi beberapa Career Fair untuk bersiar-siar. Aku jarang keluar. Bila aku keluar pun nak releasekan tension, nak cari barang atau nak teman kawan aku. Aku ada pergi Career Fair dekat KLCC. Tapi tak bawak resume yang hardcopy. Yang softcopy apatah lagi. Hahaha. Namun menyedari hakikat itu, tempat yang aku pergi adalah Career Fair, bukan Fun Fair. Jadi aku haruslah akur bahawa takde function pun aku pergi. Masa tu aku masih blur lagi. Saje ikut roommates. Lalu melenggang kangkung lah aku pergi dengan kuah spegeti tumpah kat tudung pastu confident je gi speaking dengan HR kat situ hahaha. " Emm hello, there is vacancy for Manufacturing Engineering at your company?".


So, tips untuk sesiapa yang nak pergi Career Fair tu bawalah resume awak okay. Tak kiralah softcopy ke hardcopy ke. Tapi aku prefer bawak yang hardcopy supaya senang diorang nak asingkan category korang. Diorang akan tulis siap-siap kat atas resume korang vacancy apa yang korang mintak dan bila korang available untuk kerja. Tapi member aku ada jugak cakap, kadang-kadang Career Fair tak effective sangat untuk job hunter. Tapi kalau tak pergi langsung rasa menyesal plak sebab otak tak berkembang. Bila orang cakap pasal company tu, kau tak tahu. Company ni, kau tak tahu.


Tips seterusnya, kalau ada walk-in interview masa kat Career Fair, korang join je interview tu. Potensi untuk dapat position itu lebih tinggi. Cara ni effective kat aku. A week later, aku ada dapat offer tapi sayangnya aku tak habis lagi final semester aku. Takpe cuba lagi.


Tips seterusnya, berbalik pada cerita aku tak bawak resume softcopy/hardcopy tadi. In case benda ni pun jadi kat korang, korang boleh minta contact details yang korang boleh reach untuk apply vacancy tu. Contohnya email, website or phone number. Tapi cara ni consume masa sebab korang sepatutnya balik bilik buat benda lain, tapi kene email kat companies tadi. Nak kene buat cover letter lagi. Kalau kat Career Fair takyah bagi cover letter dah :')



Career Fair kat Dewan Tunku Canselor UM



Yang pasal walk-in interview tu nanti aku separate kat entry yang lain pula hihi. Kelakar pulak bila pikir balik. Mementang aku ni Pembantu Biro Tandas di Blok E. -__-"