Tuesday, June 28, 2016

Pengalaman Pergi Career Fair



Assalamualaikum


Masa aku final semester aku ada pergi beberapa Career Fair untuk bersiar-siar. Aku jarang keluar. Bila aku keluar pun nak releasekan tension, nak cari barang atau nak teman kawan aku. Aku ada pergi Career Fair dekat KLCC. Tapi tak bawak resume yang hardcopy. Yang softcopy apatah lagi. Hahaha. Namun menyedari hakikat itu, tempat yang aku pergi adalah Career Fair, bukan Fun Fair. Jadi aku haruslah akur bahawa takde function pun aku pergi. Masa tu aku masih blur lagi. Saje ikut roommates. Lalu melenggang kangkung lah aku pergi dengan kuah spegeti tumpah kat tudung pastu confident je gi speaking dengan HR kat situ hahaha. " Emm hello, there is vacancy for Manufacturing Engineering at your company?".


So, tips untuk sesiapa yang nak pergi Career Fair tu bawalah resume awak okay. Tak kiralah softcopy ke hardcopy ke. Tapi aku prefer bawak yang hardcopy supaya senang diorang nak asingkan category korang. Diorang akan tulis siap-siap kat atas resume korang vacancy apa yang korang mintak dan bila korang available untuk kerja. Tapi member aku ada jugak cakap, kadang-kadang Career Fair tak effective sangat untuk job hunter. Tapi kalau tak pergi langsung rasa menyesal plak sebab otak tak berkembang. Bila orang cakap pasal company tu, kau tak tahu. Company ni, kau tak tahu.


Tips seterusnya, kalau ada walk-in interview masa kat Career Fair, korang join je interview tu. Potensi untuk dapat position itu lebih tinggi. Cara ni effective kat aku. A week later, aku ada dapat offer tapi sayangnya aku tak habis lagi final semester aku. Takpe cuba lagi.


Tips seterusnya, berbalik pada cerita aku tak bawak resume softcopy/hardcopy tadi. In case benda ni pun jadi kat korang, korang boleh minta contact details yang korang boleh reach untuk apply vacancy tu. Contohnya email, website or phone number. Tapi cara ni consume masa sebab korang sepatutnya balik bilik buat benda lain, tapi kene email kat companies tadi. Nak kene buat cover letter lagi. Kalau kat Career Fair takyah bagi cover letter dah :')



Career Fair kat Dewan Tunku Canselor UM



Yang pasal walk-in interview tu nanti aku separate kat entry yang lain pula hihi. Kelakar pulak bila pikir balik. Mementang aku ni Pembantu Biro Tandas di Blok E. -__-"








No comments:

Post a Comment