Wednesday, June 29, 2016

Pengalaman Interview Pertama Dalam Hidup Aku


Assalamualaikum


Sambungan dari entry lepas. Masa pergi Career Fair kat UPM Serdang, aku dan kawan-kawan aku berpecah satu sama lain. Masing-masing nak jalan sorang-sorang. Masa tu dah tau purpose pergi Career Fair lepas dapat pengajarang dari Career Fair kat KLCC :') Aku dah sediakan 20 copies resume. Target nak drop semua resumes tu. Kalau tak membazir je dakwat printer yang aku beli dekat Wangsa Maju :') Haaa tedia, bukan setakat company yang takde kaitan ngan 'Manufacturing Engineering', company yang takde kaitan ngan mana-mana 'Engineering' pun aku drop. Hahaha, rasakan kejakunanku :')


Kat sini jugak aku attend first interview sepanjang aku hidup 24 tahun ni. Dah la first time dalam hidup, walk-in pulak tu. So aku jawab dengan penuh kejujuran tanpa ada pembohongan. Mula-mula aku expect dia akan tanya perkenalkan diri, siapa awak 10 tahun akan datang, apa perancangan awak selepas belajar dan soalan-soalan seangkatan dengannya. Tapi, diorang tak tanya pun. Penat je aku hafal masa beratur panjang tu. Dia just review aku punya working experiences yang aku tulis kat resume aku tu. Pastu dia tanya aku amek subject apa sem ni. Macam aku cakap tadi, aku jawab dengan penuh kejujuran tanpa ada pemohongan, Quantitative Technique ngan Production Planning and Control. Terlupa plak nak cakap Micro Manufacturing. Mungkin sebab 3 kali ponteng kelas Micro Manufacturing itu pasal lah aku boleh terlupa :')


Lepas tu dia tanya aku samada aku boleh bekerja dengan pekerja asing tak. Aku cakap dengan jujur, yes aku boleh sebab masa kat UIA pun aku banyak deal ngan international students. Supervisor FYP aku pun international lecturer. Pastu dia cakap, oh yang tu ada educational background, mesti lah awak boleh deal, ni yang non-educational-background workers. Pastu aku terus teringat Bangla yang kenyit mata kat aku masa aku intern tahun lepas. Cih, naaatang nguh. Cecepat aku cakap yes, boleh sebab saya pernah deal ngan perangai-perangai Bangla masa saya intern tempoh hari. Hehe, jujur kan :')


Soalan-soalan panelis tidak berakhir di situ. Aku ingat dah habis dah. Baru je nak bangkit dari kerusi. Pastu dia tanya aku, awak boleh cuci tandas? Masa tu aku tak terkejut pun dengan soalan yang macam ni. Aku ingat ni soalan standard ke apa kan. Lalu aku pun menjawab dengan penuh kejujuran tanpa ada pembohongan, yes boleh sebab saya pernah jadi Biro Tandas kat blok yang saya stay masa saya study. Mereka pun menganguk-nganguk. Bila cerita kat kawan-kawan, diorang pun gelak ketawa berjemaah. Aku was like.... asal wey? Nak gelak gak. Haha. Ooo, aku baru tau rupanya tu soalan nak test diri kita. Sebenarnya aku ngan roomates aku selalu main lantik ahli jawatan kuasa sendiri. Haha. So, antara kami berempat, ada 2 orang yang telah dilantik menjaga kebersihan dan kebajikan tandas. Disebabkan biro tandas tidak boleh dilakukan diatas tapak kaki sendiri. Jadi, sorang dapat tittle Ketua Biro Tandas. Sorang lagi kene jadi pembantu dia. Hahaha. Alhamdulillah pengalaman :')


Seminggu selepas tu aku terima call suruh masuk kerja. Ehem, nak suruh cuci tandas lettew :p Tapi aku terpaksa tolak sebab aku tak habis belajar lagi. Anyway, thank you sebab pernah interview aku.



Career Fair kat UPM Serdang







2 comments:

  1. tuu dia...rajin dah update blog. :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe rajin ni Lily sebab duk rumah banyak masa free hee :-D

      Delete